Pembekal Kuih Talam dan Seri Muka di Bandar Enstek
assalamulaikum saya pembekal kuih talam di kawasan mercato, bandar enstek dan kota seri emas. Penghantaran minimun 2 kotak ke rumah.
2. kuih talam gula merah
KUIH TALAM LABU
* Bahan Lapisan Labu
* 500 gm isi labu (dikukus dan dilecek)
* 70 gm tepung jagung
* 60 gm tepung sago ( saya guna tpng ubi je)
* 200 ml santan pekat KARA
* 200 ml air
* 220 gm gula halus
* 350 gm telur (saya letak 1 biji je)
* 2 helai daun pandan
* Bahan Lapisan Putih
* 90 gm tepung beras
* 100 gm tepung ubi
* 400 ml santan pekat KARA
* 170 gm gula halus
* 1 sudu kecil garam
* 400 ml air
* 2 helai daun pandan
Cara-cara
**kali ni kak wan tak masukkan telur.... jika suka boleh masukkan.
** Alas loyang dengan plastik dan sapukan minyak di sekelilingnya.
**Gunakan loyang 9/10 inci supaya lapisannya cantik dan sekata. Kuih saya tipis lapisan putihnya sebab terguna loyang yg kecik sikit.
Kuih Seri Muka
Bahan-bahan
SENARAI KUIH TALAM
1. kuih talam keladi2. kuih talam gula merah
Bahan Utk Lapisan Bawah
- 1 cawan tepung beras
- 1 s/b tepung jagung
- 1/2 cawan gula (saya tambah 2 sb lagi)
- 2 cawan santan cair + sikit garam
- 1 cawan jus pandan + pewarna hijau
- 1 sb air kapur
Cara Masak L.Bawah
- Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci dan kukus sebentar.
- Masukkan semua bahan lapisan bawah ke dlm mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
- Masak adunan sebentar sehingga naik wap dlm 10 minit dan kacau sentiasa.
- Tuangkan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 20 minit.
- = sementara itu, bolehlah sediakan bahan lapisan atas pula.
Bahan Utk Lapisan Atas
- 1/2 cawan tepung beras
- 4 sudu besar tpng jagung
- 3 cawan santan sederhana pekat
- 1 s/k garam
Cara Masak Lapisan Atas
- Gaulkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan.
- Masakkan sekejap adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2 (dlm 10 minit)
- Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan lapisan atas ke atas lapisan bawah tadi.
- ( sekiranya ada sedikit air atas lapisan tu, bolehlah lapkan sedikit guna kertas tisu dan cakarkan)
- Kukus lagi selama 20 minit. Setelah siap, angkat dan sejukkan.
- Sejukkan betul2 sebelum potong dan hidangkan.( potong guna pisau plastik/pisau kek)
KUIH TALAM LABU
* Bahan Lapisan Labu
* 500 gm isi labu (dikukus dan dilecek)
* 70 gm tepung jagung
* 60 gm tepung sago ( saya guna tpng ubi je)
* 200 ml santan pekat KARA
* 200 ml air
* 220 gm gula halus
* 350 gm telur (saya letak 1 biji je)
* 2 helai daun pandan
* Bahan Lapisan Putih
* 90 gm tepung beras
* 100 gm tepung ubi
* 400 ml santan pekat KARA
* 170 gm gula halus
* 1 sudu kecil garam
* 400 ml air
* 2 helai daun pandan
Cara-cara
- Lapisan Labu : Satukan bahan untuk lapisan labu, gaul rata dan kisar sekejap dalam pengisar dan tapis.
- Tuang adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap sahaja. Keluarkan daun pandan.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Tuangkan 1/2 adunan ke dalam loyang yang telah dileser sedikit minyak dan alas plastik.... kukus selama 10 minit.
- Lapisan Putih : sementara itu, satukan bahan lapisan putih, gaul rata dan tapis.
- Tuang adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap. Keluarkan daun pandan. Bahagian adunan kepada 2 bahagian. Tuangkan 1/2 adunan ke atas lapisan labu yang dikukus tadi. Kukus selama 5 minit.
- Ulangi proses melapis hingga habis. Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
- Sejukkan dahulu sebelum dipotong
**kali ni kak wan tak masukkan telur.... jika suka boleh masukkan.
** Alas loyang dengan plastik dan sapukan minyak di sekelilingnya.
**Gunakan loyang 9/10 inci supaya lapisannya cantik dan sekata. Kuih saya tipis lapisan putihnya sebab terguna loyang yg kecik sikit.
Kuih Seri Muka
Bahan-bahan
- Bahan lapisan bawah
- 500 gm beras pulut
- 400 ml santan cair
- 1 sk garam
- 2 sb minyak
- Bahan lapisan atas
- 120 gm tepung gandum
- 3 sb tepung jagung
- 140 gm gula
- 3 biji telur
- 450 ml santan pekat
- 1/2 sk garam
- 300 ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)
Cara-cara
- Untuk lapisan bawah
- Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
- Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
- Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
- Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
- Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
- Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
- Untuk lapisan atas
- Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
- Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
- Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendaklah ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
- Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
- PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!

Comments
Post a Comment